Tutup
SISTEM NOTIS JUALAN MURAH

Bil.

Perkara

2019

2020

1

Had Bilangan Jualan Murah Setahun

Bilangan penganjuran jualan murah tidak boleh melebihi empat (4) kali dalam setahun iaitu:

 

I.Tiga (3) kali mengikut tarikh dan jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan;

-Jualan Awal Tahun

-Karnival Jualan Mega

-Jualan Akhir Tahun; dan

 

II.Satu (1 ) kali mengikut pilihan peniaga.

 

Penganjuran jualan murah tidak ditetapkan had bilangan (kuota) yang boleh diadakan dalam setahun.

 

Pengawal Perihal Dagangan tidak menetapkan penganjuran jualan murah.

2

Penghantaran Notis Jualan Murah

Peniaga perlu menghantar Notis Jualan Murah kepada KPDNHEP selewatlewatnya 14 hari sebelum tarikh jualan murah bermula.

Peniaga dikecualikan dari menghantarNotis Jualan Murah bagi jualan murah yang tempoh masa tidak melebihi tiga (3) hari.

Peniaga dikecualikan dari menghantar Notis Jualan Murah bagi jualan murah yang tempoh masa tidak melebihi tiga (3) hari.

Bagi tempoh masa jualan yang melebihi tiga (3) hari, peniaga perlu menghantar Notis Jualan Murah kepada KPDNHEP selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh jualan murah bermula.

 

3

Mempamer Notis Jualan Murah

Notis Jualan Murah yang disahkan oleh KPDNHEP hendaklah dipamerkan di premis yang mengadakan jualan murah.

 

Notis Jualan Murah yang disahkan oleh KPDNHEP tidak perlu dipamerkan, tetapi perlu disimpan di dalam premis yang mengadakan jualan murah untuk tujuan rekod dan semakan pegawai KPDNHEP.

 

4

50% Barang Jualan Murah

Sekurang-kurangnya 50% barang di dalam premis perniagaan (separuh barang di dalam kedai) hendaklah ditawarkan dengan harga jualan murah.

 

Tiada penetapan had minimum bilangan barang yang perlu ditawarkan dengan harga jualan murah.

5

No.Pendaftaran Notis, Tarikh Jualan

Murah & Logo KPDNHEP Pada Iklan

Iklan-iklan jualan murah hendaklah diletakkan nombor pendaftaran Notis, tarikh jualan murah dan logo KPDNHEP.

Iklan-iklan jualan murah tidak perlu diletakkan nombor pendaftaran Notis, dan logo KPDNHEP, tetapi tarikh penganjuran jualan murah hendaklah diletakkan di dalam iklan.

 

6

Selenggara Rekod

Peniaga hendaklah menyenggara rekod jualan yang benar dan lengkap tentang harga barang-barang bagi tempoh enam (6) bulan yang lalu yang telah ditawarkan di premis yang sama.

 

Tiada perubahan.

7

Tidak Melebihi 30 Hari

Setiap sesi penganjuran jualan murah hendaklah tidak melebihi 30 hari kecuali jualan murah yang diwartakan oleh Kerajaan.

Setiap sesi penganjuran jualan murah hendaklah tidak melebihi 31 hari. Walau bagaimanapun, peniaga diberi kelonggaran untuk menganjurkan jualan melebihi 31 hari dengan syarat tawaran diskaun perlu lebih tinggi dari tawaran diskaun yang sebelumnya.

 

8

Tanda Harga Asas & Harga Jualan

Barang-barang yang ditawarkan dengan harga jualan murah hendaklah ditandakan harga asas (sebelum diskaun) dan harga jualan murah (selepas diskaun).

 

Tiada perubahan Penentuan harga asas adalah berdasarkan harga terendah yang pernah ditawarkan oleh peniaga pada tiga (3) bulan terakhir selama 28 hari berterusan.

 

Tiada perubahan.

 

 

 

Penentuan harga asas adalah berdasarkan harga normal yang terakhir (terbaru) yang telah ditawarkan oleh peniaga sebelum tarikh jualan murah bermula.

 

9

Minimum 10% Diskaun

Peniaga perlu menawarkan harga jualan murah ke atas barang tawaran sekurang-kurangnya 10 peratus diskaun.

 

Tiada had minimum diskaun ditetapkan bagi harga jualan murah.

10

Stok Barang Mencukupi

Peniaga perlu menyedia stok barang yang mencukupi atau munasabah untuk ditawar dengan harga jualan murah selama tempoh jualan murah diadakan.

 

Tiada perubahan.

11

Iklan Jualan Murah Palsu atau

Mengelirukan

Tidak berkaitan.

Mewujudkan satu peruntukan kesalahan kepada peniaga yang membuat pernyataan palsu atau mengelirukan di dalam iklan-iklan jualan murah.

 

 

Klik sini untuk keterangan lanjut mengenai Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019.