PRIVASI
Aplikasi MySales Tracker (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk membekalkan maklumat jualan murah yang sahih di seluruh Malaysia kepada orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna"). Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
MAKLUMAT PERIBADI
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Satu-satu maklumat yang diberikan oleh pengguna iaitu maklumat lokasi akan digunakan untuk tujuan paparan maklumat jualan berdasarkan lokasi pengguna.
MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN
a) Aplikasi ini hanya memaparkan rekod yang telah sedia ada sahaja dari Sistem Notis Jualan Murah (NJM).
b) Data yang dipaparkan adalah seperti berikut ;
i. Nama dan Alamat Premis
ii. Nama Syarikat
iii. Nombor Pendaftaran Syarikat
iv. Nombor Permohonan Jualan Murah
v. Tarikh Jualan
c) Data yang dipaparkan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
KESAN JIKA DATA TIDAK DIBENARKAN
Sekiranya data (maklumat lokasi) tidak dibekalkan, maka maklumat jualan murah yang dipaparkan oleh Aplikasi mungkin kurang tepat atau terjejas.
KERAHSIAAN
Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada njmtech@kpdn.gov.my